Kes liwat : Anwar merayu lagi ?

| 0 Comments | 0 TrackBacks

Tertuduh bersama peguamnya,(dr tengah) S.N Nair, Karpal Singh
Foto by Bro Freddy

"Di luar mahkamah, seorang lagi peguam Anwar, Sankaran Nair menyatakan, notis rayuan dijangka difailkan esok dan pihaknya juga akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu sama ada ingin mengemukakan permohonan menangguhkan perbicaraan atau sebaliknya."Utusan, 2/12/09

"Karpal kemudian memberitahu media bahawa satu notis rayuan akan difailkan di Mahkamah Rayuan pada Rabu." Bernama 2/12/09

Oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan

Berikut adalah kenyataan peguam pihak tertuduh diluar Mahkamah selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan tertuduh untuk mengugurkan kes sebelum bicara tempoh hari.
Jika diteliti pada kenyataan tersebut, pihak tertuduh berhasrat untuk mengemukan notis rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tempoh hari. Katanya "esok", esok itu bermakna Rabu, 2 Disember 2009. Namun sehingga ke hari ini(setelah seminggu), tiada khabar memberitahu bahawa mereka telah failkan notis tersebut.

Pada kenyataan yang sama juga, pihak tertuduh berkata mereka mahu "mengadakan perbincangan terlebih dahulu sama ada ingin mengemukakan permohonan menangguhkan perbicaraan atau sebaliknya" Utusan, 2/12/09

Hatta, persoalan saya adalah adakah pihak tertuduh berhasrat untuk kemukan rayuan? Jika tidak, syukur alhamdulillah..


Bukan bermaksud untuk mencampuri urusan, sekadar ingin bertanya. Masa juga tinggal 46 hari sahaja lagi ke hari perbicaraan utama. Jika ada rayuan, dan jika ia tidak dapat diselesaikan sebelum 25hb Januari 2010 ini, kemungkinan besar perbicaraan utama tidak dapat dijalankan.

Setiap permohonan atau rayuan akan memakan masa yang lama. Sebagai contoh, rayuan pihak tertuduh di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan dokumen dan bahan bukti asal juga belum diketahui tarikh pendengarannya lagi walaupun sudah lebih kurang sebulan notis rayuan dibuat.



Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, akan terus istiqamah dan bersabar. Kepada Allah saya berdoa dan berserah..

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang Batil pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI

sumber - mohdsaifulbukhari

No TrackBacks

TrackBack URL: http://www.anwaraidc.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/333

Leave a comment

Recent Entries

Jesuits biaya Anwar bentuk Islam baru di Malaysia
Oleh AngelaAnwar dikenali sebagai chameleon atau sesumpah atau sumpah-sumpit. Atau dengan lain perkataan, Anwar seorang yang berpura-pura. Atau dengan…
Hati-hati Anwar rekrut semula kumpulan baru bertopeng Islam
Nik Nazmi, M.Chozin Amirullah dan Nurul Azizah diberi task force oleh Anwar untuk membangunkan kumpulan Islam baru oleh Anwar Ibrahim.…
Makna kemerdekaan buat Anwar...
Oleh gelagat anwarKepada Pak Sheikh Anwar, kemerdekaan mungkin perkara yang asas dan bersifat kemanusiaan - lagi sejagat. Agaknyalah. Atau…