Blog penulis AIDCclub digodam

| 2 Comments | 0 TrackBacks


Oleh AIDCNews

KUALA LUMPUR - Blog seorang penulis AIDCclub, Kumbang telah digodam pagi tadi, selepas menyiarkan artikel "Perjuangan Sekularisme : Anwar Ataturk Dianugerah Pingat Demokrasi".[untuk membaca artikel tersebut sila klik di sini]

Dalam artikel tersebut, Kumbang menulis, "Sekarang nak dapat pingat dan anugerah cukup senang. Gadai agama dan anda akan dapat satu pingat di majlis gilang-gemilang"

"Jadi tidak hairan Anwar Ibrahim dianugerahkan pingat demokrasi ini kerana beliau sangat lantang menyuarakan bahawa sesungguhnya sekularisme adalah yang terbaik di dunia", tulisnya lagi.

Ketika dihubungi lanjut, penulis AIDCclub itu memberitahu blognya analisisringan (http://analisisringan.blogspot.com/) tidak dapat diakses sejak jam 10.00 pagi tadi.

Kumbang merupakan salah seorang penulis prolifik AIDCclub yang mula menulis sejak setahun lepas.

"Tindakan mengodam oleh pihak-pihak tertentu tidak mematahkan semangat saya, saya akan buat blog lain selepas ini untuk meneruskan misi perjuangan saya memerangi Anwar", kata Kumbang.

Difahamkan baru-baru ini Anwar Ibrahim menyatakan kekesalannya dengan kelemahan blogger pro Anwar menangkis hujah-hujah yang berkaitan dengan dirinya tersebar secara meluas di internet.

Keluhan Anwar itu diluahkan secara terbuka semasa pertemuannya dengan blogger-bloger tersebut.

No TrackBacks

TrackBack URL: http://www.anwaraidc.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/431

2 Comments

Salam Kumbang,

Jangan sesekali patah semangat Kumbang. Anggap ini cuma dugaan kecil dalam sesebuah perjuangan.

Hanya pengecut saje yang akan menutup segala cerita kesalahan diri dengan cara begini.

Salam Kumbang...

Tabahkan hati & cekalkan semangat.

Inilah 'demokrasi' yang dilaung-laungkan oleh Anwar Atartuk.

Kami di AIDC akan sentiasa menyokong Kumbang

Hidup Kumbang...nampaknya Anwar Atartuk sudah mula ketakutan. Syabas...walaupun blog Kumbang digodam, tetapi ini menunjukkan Kumbang telah berjaya menguggat ketakutan Anwar Atartuk!!!

Leave a comment

Recent Entries

Jesuits biaya Anwar bentuk Islam baru di Malaysia
Oleh AngelaAnwar dikenali sebagai chameleon atau sesumpah atau sumpah-sumpit. Atau dengan lain perkataan, Anwar seorang yang berpura-pura. Atau dengan…
Hati-hati Anwar rekrut semula kumpulan baru bertopeng Islam
Nik Nazmi, M.Chozin Amirullah dan Nurul Azizah diberi task force oleh Anwar untuk membangunkan kumpulan Islam baru oleh Anwar Ibrahim.…
Makna kemerdekaan buat Anwar...
Oleh gelagat anwarKepada Pak Sheikh Anwar, kemerdekaan mungkin perkara yang asas dan bersifat kemanusiaan - lagi sejagat. Agaknyalah. Atau…