Oleh Pochongmenulis, AIDCclub
Kedatangan
tokoh ulama tersohor Prof. Dr Yusuf Qardawi ke Malaysia telah mencuri
mata banyak pihak di Malaysia, pemimpin parti politik samaada dari
sebelah Kerajaan atau Pembangkang cuba mendampingi tokoh tersebut
dengan pelbagai cara.
Namun
kesudian Yusuf Qardawi untuk menerima penganugerahan Tokoh Maal Hijrah
dari Kerajaan Malaysia merupaksan satu impak yang positif kepada
Perdana Menteri Malaysia DS Najib Tun Razak.
Dengan
penerimaan gelaran Tokoh Maal Hijrah itu, sekurang-kurangnya ia dapat
menafikan bahawa tiada ulamak muktabar yang ingin mengadakan hubungan
dengan kerajaan Malaysia.
Penyokong
Anwar selalu memperlekehkan kerajaan dengan pelbagai gelaran hingga
ulama yang ada kaitan dengan kerajaan pun digelarkan dengan pelbagai
gelaran, melalui majlis penyampaian Maal Hijrah itu adalah nyata ulama
besar pun sanggup menerima hadiah daripada kerajaan.
Disini
timbul tandatanya dengan penerimaan tokoh Maal Hijrah itu, adakah ini
bermakna Yusuf Qardawi juga sudah terpalit najis seperti yang selalu
didakwa pembangkang kepada ulama kerajaan?
Inilah
satu peristiwa yang menarik sebenarnya untuk diperkatakan, sehingga
kini bloger2 pro Anwar cuba mengelak membincangkan perkara ini, mereka
hanya ingin menyatakan ulama tersebut hanya menyokong Anwar Ibrahim
sahaja.
Anwar
seperti biasa akan mengadakan pelbagai cerita bagi mengambarkan Yusuf
Qardawi menyokongnya, maka digambarkan di dalam blognya bahawa dia
disokong Yusuf Qadawi. Walaupun hakikatnya Yusuf hanya menyatakan
bahawa beliau mengenali Anwar sewaktu dia memimpin ABIM suatu ketika
dahulu. Tidak sepatah pun diucapkan bahawa dia menyokong Anwar.
Sekiranya Yusuf Qardawi tidak mengiktiraf apa yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia mengapa banyak kali ulama tersebut memuji Malaysia dalam memainkan peranan menyatukan umat Islam diseluruh dunia.
Malah
yang lebih menarik Yusuf sewaktu menghadiri program Maal Hijrah tempoh
hari beliau mengatakan bahawa dirinya mempunyai kawan di dalam PAS dan
juga UMNO.
Sewaktu kunjungan
Pemimpin Persatuan Ulama sedunia itu kepada DS Najib di Putrajaya
semalam, Yusuf Qardawi telah memberikan buku Fiqh Jihad kepada Perdana
Menteri Malaysia tersebut.
Peristiwa
ini cukup menarik kerana ia sekaligus membuktikan Najib juga bukanlah
seperti yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim. Jika benar Najib penuh
dengan kejahatan sudah pasti Yusuf Qardawi pun tidak ingin bertemu
dengan seteru Anwar tersebut.
Di
sini kita dapat katakan Yusud Al Qardawi tidaklah memihak kepada mana2
pihak dalam politik Malaysia, namun disebabkan kemanisan dan keharuman
yang ada pada ulama tersebut ahli politik Malaysia terutamanya Anwar
begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan ulamak tersebut bagi
membersihkan dirinya dari dipalit dengan skandal liwat dan dasar Islam
moden ciptaan orientalis barat pada dirinya.
sumber - pochong


Leave a comment