Dari egroups AIDC
"Anwar telah dipilih menjadi wakil WAMY bagi rantau ini, sejak tahun 1976 dan meletakkan jawatan itu pada tahun 1982 untuk bergiat dalam politik tidak lama sebelum pilihanraya umum", kata Totonji seperti yang dicatat dalam buku 'Anwar Ibrahim, Cekal dan Tabah, Arenabuku Sdn Bhd, 1984, J. Victor Morais, halaman 77'.
Menurut kajian ilmiah Zainal
Abidin Abdul Jalil bertajuk " ABIM 1971-1978", Anwar terlibat dalam
gerakan belia antarabangsa sejak pengakhiran tahun 60-an lagi. Ketika itu
Anwar memegang jawatan Presiden PKPIM (1969-1971), beliau telah menjalani
hubungan dengan pertubuhan pelajar di peringkat antarabangsa iaitu IIFSO
(International Islamic Federation of Students Organization), sebuah pertubuhan
pelajar antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1969, di Arab Saudi.
Anwar Ibrahim dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa IIFSO oleh Ahmad Totonji
(Setiausaha Agung) dan Hisham Yahya Al Talib (Timbalan Setiausaha).Klik di sini
Pada tahun 1970, Anwar menjadi Ahli Jawatankuasa WAY(World Assembly of
Youth) dan pada tahun yang sama juga Anwar menjadi wakil belia di Persidangan
Belia Sedunia anjuran PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Kedua-dua
jawatan itu disandang sehingga tahun 1974. Anwar juga terlibat dalam UNESCO
(United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization).
Pada tahun 1972, Anwar bersama-sama aktivis-aktivis IIFSO menubuhkan sebuah
pertubuhan belia antarabangasa yang dikenali sebagai WAMY (World
Association of Muslim Youth) yang berpengkalan di Riyadh, Arab Saudi.
WAMY dipimpin oleh Sheikh Hassan Abdullah (Presiden) dan Dr Abdullah Omar
Nasief (Naib Presiden). Kedua-dua dari Arab Saudi. Tunggak utama adalah Dr
Abdullah Omar Nasief yang merupakan Setiausaha Agong MWL (Muslim
World Leage) dan bekas rektor Universiti King Abdul Aziz.
Setiausaha Agong dan Timbalan Setiausaha Agong dijawat oleh Dr Ahmad Abdul
Kadir Bahafzallah dan Dr Ahmad Totonji.
Manakala Ahli Jawatankuasa WAMY terdiri daripada; Anwar Ibrahim (Perwakilan
dari Asia), Dr Abdul Hamid Abu Sulaiman (Perwakilan Amerika Syarikat), Dr
Muhamad Yaqub Mirza (Perwakilan Amerika Syarikat), Dr Jamal Barzanji
(Perwakilan Amerika Syarikat) dan Mustafa Al Tahan (Perwakilan dari IIFSO).
Pada tahun 1974, Anwar menjadi Presiden ABIM apabila Razali Nawawi, meletakkan
jawatan kerana kesibukan dalam menyiapkan tesis Ph.Dnya. Sebelum ini
Anwar adalah Setiausaha Agung ABIM dari tahun 1972-1974. Walau bagaimanapun
Razali menerima pelantikan sebagai Ketua Biro Dakwah ABIM kerana tugasnya lebih
ringan jika dibandingkan dengan jawatan Presiden.
Ketika Anwar menjawat Presiden ABIM, beliau menukar alamat Sekretariat Pusat
ABIM di A1-2, Bangunan UDA, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur iaitu alamat
sekolah swasta miliknya (Yayasan Anda Akademik).
Perkaitan rapat antara ABIM dan Yayasan Anda Akademik sangat ketara. Presiden
ABIM (Anwar) adalah Pengetua & Pengarah Yayasan Anda. Setiausaha Agong
ABIM, Kamaruddin Mohd Nor adalah Pendaftar Yayasan Anda. Wan Sabariah Wan Zakaria
Setiausaha HELWA (Hal Ehwal Wanita) ABIM adalah kerani Yayasan Anda Gaya Pos.
Begitu juga dengan guru-guru di Yayasan Anda merupakan tenaga penggerak ABIM
dan PKPIM. Mereka termasukkan Fuad Hassan (Presiden PKPIM), Zamanhuri
Shamsuddin (Setiausaha Agung PKPIM) dan Mina Ahmad (aktivis ABIM).
Manakala perpustakaan ABIM di tempatkan di Yayasan Anda supaya dapat
berinteraksi di antara ahli-ahli ABIM dengan pelajar-pelajar Yayasan Anda.
Menurut laporan tahunan ABIM 1976/1977 (halaman 5), ABIM turut mendapat bantuan
kewangan daripada WAMY untuk membayar elauan Pembantu Pejabat ABIM di
Sekretariat ABIM Pusat.
Kaitan WAMY dengan CIA
Robert Baer, bekas Pengarah Operasi CIA mendedahkan penubuhan WAMY
adalah operasi covert CIA yang bekerjasama dengan Arab Saudi. Menurutnya
WAMY dihasilkan selepas Persidangan Muslim Antarabangsa anjuran Muslim World
Leage (WML) di Jeddah pada tahun 1962.
Penaja
utama Muslim World Leage adalah CIA yang bersembunyi di sebalik syarikat
petroleum US-Arab bernama ARAMCO yang berpengkalan di Arab Saudi.
Martin A.
Lee pula mendedahkan CIA bekerjasama
dengan sekutunya Arab Saudi untuk membendung kemaraan Rusia yang sedang mara di
Mesir. Pada tahun 1962, Mesir dipimpin oleh Presiden Gammal Nasser yang menjadi
proksi Rusia berperang dengan Yemen yang disokong oleh Amerika Syarikat dan
Arab Saudi.
Pada
ketika yang sama juga Presiden Nasser sendiri ditentang oleh kumpulan Islam
(Ikhwan Muslimin) dalam negaranya sendiri.
Ini telah
menimbulkan idea kepada CIA untuk menaja dan memperbesarkan kumpulan
persaudaraan Islam (seperti di Mesir) ke peringkat antarabangsa dengan penajaan
Muslim World Leage pada tahun 1962.
Bacaan
lanjut klik artikel sebelum ini di sini
Diskusi
ilmiah itu dikendalikan oleh Greg Palast (Wartawan Penyiasatan
Newsnight) dengan individu-individu yang pakar dengan CIA dan Timur Tengah.
Mereka adalah Joe Trento (Penulis Buku Sejarah Gelap CIA), Michael
Springman (Bekas Ketua Biro Visa Amerika Syarikat di Arab Saudi), Michael
Wildes (Bekas Peguam Persekutuan Amerika Syarikat) dan Peter Elsner.
Gred
Palast mendedahkan, selepas peristiwa 19 September 2001, FBI telah menyiasat
individu-individu muslim Amerika Syarikat yang dianggap 'teoris'. Antaranya
Abdullah Bin Laden dan Omar Bin Laden (dari keluarga Bin Laden) yang menetap di
3411, Silver Maple Place, Virginia, Amerika Syarikat. Ketika itu, Abdullah
Bin Laden merupakan Presiden dan Bendahari WAMY.
Walaupun
Abdullah Bin Laden dan WAMY disyaki 'teroris', tetapi FBI telah diarahkan oleh
pejabat Washington untuk menghentikan siasatan mereka tanpa memberi alasan yang
konkrit. Pihak Perbendaharaan Amerika Syarikat pula mempertahankan WAMY sebagai
'pertubuhan amal' apabila didesak untuk membekukan semua aset kepunyaan WAMY.
Seterusnya
Newsnight berjaya membongkar kenapakah siasatan FBI diarahkan berhenti untuk
menyiasat lanjut WAMY. Menurut BBC News itu, WAMY merupakan projek rahsia di
antara Jabatan Negara Amerika Syarikat, CIA dan Arab Saudi.
Latihan kumpulan Islam oleh CIA diadakan di Virginia, Amerika Syarikat.
Virginia merupakan pusat utama WAMY dan IIIT.
Ketika itu Bush Senior (George Herbert Walker Bush) merupakan Pengarah CIA.
Bacaan lanjut, sila baca artikel sebelumnya, klik di sini
Mungkinkah artikel ini sedikit
sebanyak menjawab persoalan kenapa Ustaz Fadhil Nor (Allahyarham) dan Kumpulan
ustaz ABIM keluar secara berkumpulan dari ABIM pada tahun 1978 ? Klik di sini
Anda ingin membaca artikel-artikel lain, sila daftar di egroup AIDC. Klik di sini
1. Anwar : Di Sebalik tabir IIIT (
2. Mentor Anwar seorang homoseksual
3. Dua Wajah Anwar : ABIM di Malaysia, IIIT di Amerika Syarikat
4. Anwar, ICG terlibat dalam operasi CIA ?




Leave a comment