Anwar Ibrahim Cuti Sakit 25hb Januari 2010?

| 0 Comments | 0 TrackBacks

Oleh Dr Novandri Hasan Basri

Penulis bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Anwar Ibrahim.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan menolak permohonan Anwar setelah mendapati laporan perubatan 'tiada penemuan klinikal yang kukuh menunjukkan kemasukan zakar dalam dubur pengadu' tidak boleh dijadikan asas bagi mahkamah menggunakan kuasanya untuk membatalkan pertuduhan tanpa mendengar keterangan saksi-saksi terlebih dahulu (seterusnya)
Penulis pernah menerangkan :-

1. Pada pandangan
penulis sebagai seorang doktor, laporan perubatan Saiful Bukhari yang diwar-warkan oleh peguam-peguam Anwar Ibrahim, tidak boleh dijadikan bahan bukti terhadap kes liwat Anwar Ibrahim. (seterusnya)

2. Pakar forensik dapat menggunakan DNA yang terletak dalam darah, semen, kulit, liur atau rambut yang tersisa di tempat kejadian.

DNA fingerprinting
atau pun DNA profiling merupakan satu kaedah sains forensik yang boleh menghubungkaitkan seorang pesalah dengan tempat dan perlakuan yang dilakukan di sana. (seterusnya)

Penulis juga pernah menerangkan di dalam artikel-artikel sebelum ini bahawa penetrasi ke dalam dubur tidak semestinya menyebabkan luka dan nanah.

Dan jika tiap-tiap kali berlaku demikian semasa liwat, penulis pasti TIDAK ADA LAGI peminat seks luar tabii dan pasangan Gay di dunia ini kerana dubur mereka kesakitan !

Oleh kerana seks luar tabii tidak semestinya mendatangkan luka, berdarah dan bernanah, maka kita perlu menggunakan instrumen dan kaedah lain seperti DNA dan sebagainya. (Klik di sini untuk pemeriksaan dubur yang betul)

Yang menariknya mengenai kes liwat Anwar Ibrahim ialah berdasarkan laporan DNA oleh ahli kimia, terdapat spesimen DNA campuran daripada dua lelaki di tempat kejadian, yang menyokong dakwaan Mohd Saiful bahawa dia diliwat oleh Anwar.

Maksudnya ialah alat kelamin Anwar Ibrahim pernah berada di dalam dubur Saiful Bukhari walau pun kemasukan alat kelamin Anwar Ibrahim tidak menyebabkan luka dan nanah.

Realitinya, Anwar Ibrahim tidak perlu lagi berdalih dan melengah-lengahkan kes liwat beliau. Anwar Ibrahim perlu melihat 25hb Januari depan sebagai masa untuk beliau menegakkan kebenaran beliau dan begitu juga Saiful Bukhari.

Biarkanlah mahkamah yang mengadili kes liwat Anwar Ibrahim yang tertangguh untuk sekian lama.

Dalam masa yang sama, penulis juga ternanti-nanti dengan alasan Anwar Ibrahim supaya kes tidak dapat dibicarakan pada 25hb Januari depan.

Penulis meramalkan Anwar Ibrahim akan menggunakan alasan sakit dan mendapat MC pada hari itu.

Atau pun peguam beliau yang sakit dan mendapat MC pada hari itu!


Penulis tidak dapat memikirkan yang lain kerana hampir semua alasan telah digunakan oleh Anwar Ibrahim!

sumber - dr novandri

No TrackBacks

TrackBack URL: http://www.anwaraidc.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/285

Leave a comment

Recent Entries

Jesuits biaya Anwar bentuk Islam baru di Malaysia
Oleh AngelaAnwar dikenali sebagai chameleon atau sesumpah atau sumpah-sumpit. Atau dengan lain perkataan, Anwar seorang yang berpura-pura. Atau dengan…
Hati-hati Anwar rekrut semula kumpulan baru bertopeng Islam
Nik Nazmi, M.Chozin Amirullah dan Nurul Azizah diberi task force oleh Anwar untuk membangunkan kumpulan Islam baru oleh Anwar Ibrahim.…
Makna kemerdekaan buat Anwar...
Oleh gelagat anwarKepada Pak Sheikh Anwar, kemerdekaan mungkin perkara yang asas dan bersifat kemanusiaan - lagi sejagat. Agaknyalah. Atau…