Anwar berada di persimpangan : Menuju ke Putrajaya atau Sungai Buloh

| 0 Comments | 0 TrackBacks
Oleh Gelagat Anwar

Ramai juga di kalangan yang hadir ke Konvensyen PR kelmarin rasa 'meluat' dengan banyak pernyataan janji-janji manis yang masih di peringkat khayalan. Ramai juga yang keluar untuk mencederakan diri (merokok) merungut tentang PR yang masih belum jumpa 'jalan tengah' dalam mencapai kemajuan politik yang benar-benar diharapkan. Kepimpinan PR, khususnya Anwar masih lagi menjadikan MIMPI sebagai cerita rekaan.
Ada seorang perwakilan PKR sendiri daripada Port Dickson membayangkan; 'PKR sendiri pun kena betulkan banyak perkara. Kalau pilihanraya diadakan dalam masa terdekat. Jangan harap nak menang lagi. (merujuk kepada Ahli Parlimen kawasannya sendiri).

Wakil rakyat kita lemah. Tambahnya lagi. Lemah semangat dan kurang peruntukan. Rakyat jadi marah kepada penggerak dan aktivis PR di bawah. 'Orang macam kita ni...sudah ada orang yang mahu ludahkan atas kepala!', tegasnya lagi.

Anwar boleh sembang banyak perkara - tetapi yang menerima siksaan kita di bawah. Ini adalah kenyataan orang PR di bawah. Seoang 'die hard' yang sudah mula menunjukkan rasa letih secara terang-terangan.

Anwar kena faham, bahawa 'pidato berapi' semata tidak akan membawanya ke Putrajaya. Dalam keadaan Anwar masih di persimpangan, samada ke Putrajaya atau Sungai Buloh - konvensyen ini menjadi sangat utama dan penting dalam memastikan PR masih mampu ada nyawa ketika keadaannya nanti.

Ramai juga di kalangan yang hadir menganggap bahawa Anwar seakan mahu meninggalkan 'wasiat politik' sepanjang ketiadaannya nanti. Jangan berpecah. Mesti satu hati. Adakah demonstrasi. Momokkan rakyat dengan kelemahan UMNO/BN. Itu sahaja yang tinggal untuk Anwar.

Samada konvensyen ini GAGAL atau tidak, ianya bukan pada jumlah perwakilan yang hadir. Yang penting adalah 'outcome' kepada konvensyen tersebut. Apakah akan wujud 'satu suara' PR di dalam suasana politik. Jawapannya TIDAK. PR masih jadi tak karuan. Masih huru hara. Masih tak bersatu hati.

Tulisan Leslie Lau di dalam Malaysian Insider seharusnya menjadi rujukan kepada Anwar. Anwar pada hakikatnya sudah TEWAS pada round yang pertama di dalam pertembungan politiknya dengan Najib. Leslie membayangkan bahawa PR tidak boleh kekal HIDUP dengan slogan ANTI-BN sahaja. Mesti ada pengupayaan baru. Mesti ada bukti baru bahawa mereka boleh memimpin dan mendapat kepercayaan rakyat. Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan mesti menjadi 'model states' kepada rakyat Malaysia. Tetapi kalau dilihatkan kepada keadaan sekarang - Najib sudah menang mudah.

Apa yang perlu Najib usahakan adalah menentukan 'ekonomi berada di landasan yang baik'. Jangan membiarkan ekonomi menjadi buruk dan teruk. Rakyat mesti dipastikan untuk mendapat pembelaan ekonomi yang sewajarnya. Apa pula pandangan balas PR?

Setakat ini, negeri-negeri pimpinan PR masih menjadi kalangan Negeri yang tidak tersusun. Setakat menjalankan amanah sebagai office bearer tanpa sebarang vision untuk apa? Tidak mendatangkan kesan.

Apa yang penting, kenyataan Hadi bahawa PR TIDAK PERLU BERSEGERA UNTUK DIDAFTARKAN adalah suatu tamparan politik buat Anwar. PAS yang hadir ke konvensyen sebagai 'rakan kongsi' hanya mampu tersengih dan tersenyum apabila dilambung-lambung dengan retorik politik.

Akhirannya, kalangan ustaz yang sudah celik politik dan ENGGAN lagi diperkudakan oleh Anwar sudah bercakap tentang perkara lain. Kalau ada seorang pemimpin PAS yang yakin dengan Anwar adalah Husam Musa. Selepas konvensyen, Husam telah menganggap konvensyen tersebut berjaya dan mencapai matlamatnya.

Kesian dengan Husam, masih dalam dunianya sendiri. Masih berkhayal untuk menjadi macai Anwar sampai kiamat. Sedang orang PAS lain hanya mempercayai Anwar secukup rasa.

Sedih dengan KEGAGALAN Anwar. Tetapi inilah politik. Mungkin SIAL POLITIK Anwar sudah sampai.

No TrackBacks

TrackBack URL: http://www.anwaraidc.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/427

Leave a comment

Recent Entries

Jesuits biaya Anwar bentuk Islam baru di Malaysia
Oleh AngelaAnwar dikenali sebagai chameleon atau sesumpah atau sumpah-sumpit. Atau dengan lain perkataan, Anwar seorang yang berpura-pura. Atau dengan…
Hati-hati Anwar rekrut semula kumpulan baru bertopeng Islam
Nik Nazmi, M.Chozin Amirullah dan Nurul Azizah diberi task force oleh Anwar untuk membangunkan kumpulan Islam baru oleh Anwar Ibrahim.…
Makna kemerdekaan buat Anwar...
Oleh gelagat anwarKepada Pak Sheikh Anwar, kemerdekaan mungkin perkara yang asas dan bersifat kemanusiaan - lagi sejagat. Agaknyalah. Atau…