1) Kes Liwat Mungkin Jadi Bahan Ugutan Barat
Penyingkiran Anwar dari UMNO dan Kerajaan Persekutuan berkait rapat dengan krisis kewangan yang dialami oleh Malaysia dan negara-negara rantau Asia yang lain pada 1997. Anwar yang juga Menteri Kewangan dilihat telah gagal menangani krisis tersebut. Dengan mengamalkan pelan-pelan tindakan yang digariskan oleh Bank Dunia dan IMF, negara telah terjerumus kedalam krisis kewangan yang lebih teruk.
Oleh itu, Dr. Mahathir Mohamed telah membawa masuk bekas
menteri kewangan sebelum ini, iaitu Tun Daim Zainuddin ke dalam barisan
kabinet. Anwar melihat hal tersebut sebagai kehilangan kepercayaan dari Dr.
Mahathir, lalu berusaha untuk terus relevan dalam UMNO. Usaha tersebut,
termasuk menjatuhkan Dr. Mahathir dari kerusi Presiden UMNO. Gerakan telah
dimulakan oleh Ketua Pemuda UMNO pada ketika itu, iaitu Ahmad Zahid Hamidi,
yang dengan lantang membidas Dr. Mahathir yang dikatakan mengamalkan Nepotisma
dan Kronisma.
Pada masa yang sama, buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" oleh
Khalid Jafri telah tersebar. Buku tersebut menyebut tentang aktiviti
homoseksual Anwar dan pada pertengahan tahun 1997 surat Ummi Hafilda yang
bertajuk PERIHAL SALAHLAKU TIMBALAN PERDANA MENTERI telah dikirim kepada Dr
Mahathir. Surat ini lebih berfokus kepada kaitan isteri Azmin Ali,Syamsidar
Taharin dan Anwar.
Pada 1998, Anwar Ibrahim telah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri
Malaysia dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO.
Dr. Mahathir yang juga merupakan "mentor" kepada Anwar telah
mengambil tindakan yang drastik tersebut setelah beliau mempunyai bukti kukuh
untuk mempercayai bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual.
Dr. Mahathir merasakan bahawa aktiviti tersebut boleh dijadikan "bahan
ugutan" oleh anasir-anasir luar negara untuk mempengaruhi Malaysia
seandainya Anwar dipilih sebagai Perdana Menteri suatu hari nanti.
2) Anwar Hampir Mufliskan Negara, Mahathir Selamatkan
Pada 1997, Malaysia memiliki defisit akaun mata wang melebihi 6 % KDNK. Pada
bulan Julai, ringgit Malaysia diserang oleh spekulator matawang. Malaysia
menambat mata wangnya pada 17 Ogos 1997 dan ringgit jatuh menjunam. Empat hari
kemudian Standard and Poor's menurunkan rating hutang Malaysia. Seminggu
kemudian, agensi rating menurunkan rating Maybank, bank terbesar Malaysia. pada
hari yang sama, Bursa saham Kuala Lumpur jatuh 856 mata, titik terendahnya
semenjak 1993.
Pada 2 Oktober, ringgit jatuh lagi. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad
telah memperkenalkan kawalan "modal". Tetapi, mata wang jatuh lagi
pada akhir 1997 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa kerajaan akan
menggunakan 10 juta ringgit atas projek jalan, rel dan saluran paip.
Pada 1998, pengeluaran di berbagai sektor menurun iaitu Sektor
pembinaan(construction) menyusut sebanyak 23,5 %, produksi menyusut 9 % dan
agrikultur 5,9 %. Keseluruhan GDP negara menurun sebanyak 6,2 % pada tahun
1998.
Tetapi Malaysia merupakan negara tercepat yang pulih daripada krisis ini
dengan menolak bantuan IMF yang dicadangkan Anwar Ibrahim
sumber - Kumbang

Leave a comment