Yuran KUIS dinaikkan : MB Selangor tak pandai urus ekonomi

| 2 Comments | 0 TrackBacks
Oleh Tomyampoktek, AIDCclub

Tanpa disangka secara tiba-tiba yuran pengajian Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) naik mendadak tidak seperti yang digambarkan oleh slogan kerajaan negeri Selangor yang memerintah iaitu "Negeri Maju, Sejahtera dan Berkebajikan". Hasilnya satu piket diadakan oleh pelajar kolej Universiti itu seperti yang disiarkan Buletin Utama 6 November 2009.
Ekoran itu dilaporkan lebih 2,000 pelajar KUIS yang mengelarkan diri mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Sedar mengadakan demontrasi dipekarangan kolej itu.

Jika sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor terpaksa menelan kegagalan mereka melaksanakan sepenuhnya agihan duit RM 1,000.00 seorang kepada seluruh anak Selangor yang berjaya masuk ke Universiti seperti yang dijanjikan dalam pilihanraya. Kini mereka bukan lagi ingin memberi bantuan tetapi makin pula menambah beban kepada anak Selangor dengan kenaikan yuran berlipat kali ganda berbanding sebelum ini.

Agak-agaknya tentu pelajar-pelajar tersebut boleh berjumpa dengan Anwar Ibrahim memandangkan kerap kali Anwar berkunjung ke tempat IPT tersebut selain Unisel untuk membawa mesej umat islam perlu menerima islam ala Amerika.

Sebelum ini melalui Dr. Halimah Exco Kerajaan negeri selalu mendendangkan bahawa mereka akan menjaga kebajikan pelajar di IPT dibawah kerajaan negeri Selangor lebih baik berbanding IPT dibawah Kementerian Pengajian Tinggi. Namun cakap-cakap itu kini hanyalah seperti retorik tidak ubah seperti apa yang Anwar janjikan.

Kini segala pembohongan Anwar dan Pakatan Rakyat akan terdedah dengan dengan sendirinya, dan tidak mustahil akan semakin banyak berita seperti ini akan kita saksikan.

Di masa itu kita tunggu sahaja reaksi Anwar Atartuk, apakah lagi yang cuba dimanipulasinya.

sumber - tomyampoktek

No TrackBacks

TrackBack URL: http://www.anwaraidc.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/69

2 Comments

Khalid Gagap ni memang buta ekonomi. Kalu lah dia cerdik tak kan la berhutang dgn Bank Islam pun tak boleh bayar..

Bodoh punya Lid Gagap

Salam,

Untuk membicara isu yuran KUIS, sila layari blog ini dan sila beri komen:

http://www.mahasiswa-kuis-kisdar.blogspot.com/

Isu ini tiada kaitan dengan mana-mana kepentingan parti politik. Mohon untuk selami isu ini dengan sewajarnya supaya ia ditangani dengan baik dan berkesan.

Wassalam

Leave a comment

Recent Entries

Harapan Baru Untuk Malaysia : Kemerdekaan seksual - homoseksual
Oleh Tom Yam, AIDCclub"Saya fikir tinggal di Amerika di mana sebuah negara yang wujud pemisahan antara gereja dan negara.…
Jesuits biaya Anwar bentuk Islam baru di Malaysia
Oleh AngelaAnwar dikenali sebagai chameleon atau sesumpah atau sumpah-sumpit. Atau dengan lain perkataan, Anwar seorang yang berpura-pura. Atau dengan…
Hati-hati Anwar rekrut semula kumpulan baru bertopeng Islam
Nik Nazmi, M.Chozin Amirullah dan Nurul Azizah diberi task force oleh Anwar untuk membangunkan kumpulan Islam baru oleh Anwar Ibrahim.…