Oleh MSO
BAGI mereka yang tidak faham ilmu mantik mungkin jadi teruja dengan nama "Kolonel Mat" yang disebut Tok Guru Nik Abdul Aziz. Sebaliknya bagi mereka yang memahami simbol (ilmu simotik) itu dan mengetahui sejarah jatuh bangun Pas Kelantan yang tidak pernah sunyi dari diserang kiri dan kanan oleh musuhnya tidak akan terperanjat dengan pendedahan nama itu. Siapakah Kolonel Mat dan apakah wujud manusia ini?

Seperti mana dilaporkan oleh beberapa media hari ini, Nik Aziz menyebut
Kolonel Mat, bekas seorang pegawai tentera adalah antara orang yang
berusaha menjatuhkannya dan juga kerajaan Pas Kelantan. Beliau menyebut
ada satu konspirasi yang melihatkan bekas pegawai tentera. Pendedahan
atau penyebutan nama Kolonel Mat ini satu hal yang baru. Saya rasa
media sudah tersilap dalam memahami maksud ini dengan menulis bekas
pegawai tentera terlibat menjatuhkan Nik Aziz.
Apakah kesalahan ini disengajakan untuk mengeruhkan hubungan antara kerajaan Pas dengan tentera? Mungkin juga!
Apakah wujud Kolonel Mat itu? Kata Abdul Fatah Haron, Nik Aziz sengaja menyebut nama Kolonel Mat kerana dia (Nik Aziz) tidak mahu orang mempersoalkan apakah ada konspirasi nak jatuhkan dia (Nik Aziz) atau tidak. Menurut Fatah, bila Nik Aziz sebut satu nama "Kolonel Mat", tuduhan dan bayangan sama ada ada, atau tidak konspirasi itu akan selesai. Dalam erti kata lain Nik Aziz sebut nama Kolonel Mat itu sebagai menlenyapkan tanggapan umum terhadap nama-nama lain yang benar-benar wujud.
Saya tidak tahu apakah Fatah menjelaskan demikian kerana ingin menyembunyikan hakikat sebenarnya bahawa memang ada orang yang berusaha hendak memburukkan imej Tok Guru dengan niat kemudian memaksanya MB itu berhenti dalam tempoh seminggu dua ini?
Kalau Fatah cuba menyembunyikan fakta ini, maka beliau tentu ada agenda dan matlamatnya sendiri. Pasti Fatah hendak menyembunyikan apa yang ada dalam pengetahuannya. Dari sudut lain kalau Fatah berkata demikian (menyembunyikan) fakta ini bermakna beliau juga tidak hormat kepada besannya sendiri. Fatah dan Nik Aziz berbesan.
Sewaktu berbicara mengenai sejarah jatuh bangun Pas Kelantan dan suka duka Pas diserang Umno, saya pernah mendengar Tok Guru Nik Aziz pernah menyebut nama Gelap Che Mail, seorang anggota polis dan nama Kolonel Mat ini. Kedua nama ini pernah terpencul dari mulut Tok Guru tanpa disengajakan. Berdasarkan apa yang pernah didengari ini tubuh kepada nama ini benar-benar wujud.
Apabila Tok Guru menceritakan mengenai tekanan dan ugutan dibuat ke atas tok-tok guru Kelantan sekitar tahun 60-an tiba-tiba dua nama ini terlepas dari mulutnya. Beliau bertanya kepada saya, apakah enta ingat dengan nama Gelap Che Mail dan Kolonel Mat? Nada pertanyaan itu menunjukkan dia begitu terkilan dengan kedua nama ini. Walaupun dia tidak menjelaskan lanjut peranan dimainkan oleh kedua nama ini, tetapi dapat saya tangkap bahawa kedua nama ini kurang disenanginya.
Jadi apabila nama Kolonel Mat kini ditimbulkan ketika beliau berucap di majlis memperingati hari wukuf, apakah nama Kolonel Mat yang pernah disebut kira-kira 15 tahun lalu di depan saya? Apakah itu dimaksudkan?
Sekiranya nama Kolonel Mat itu sama dengan mama Gelap Che Mail atau Kolonel Mat yang pernah disebut itu maka di sini saya boleh mengandaikan apa yang hendak disampaikan oleh Nik Aziz itu bahawa Pas sentiasa diancam oleh musuhnya. Kerja-kerja musuh Pas ini berterusan. Bahawa tragedi yang berlaku ke atas Nik Aziz dan anak menantunya kini bukan disebabkan orang bernama Kolonel Mat yang sebenarnya itu tetapi orang yang berperangai seperti Kolonel Mat.
Adapun nama Kolonel Mat itu hanya simbol sahaja seperti mana dikatakan Fatah Haron itu ia sebagai kiasan kepada satu lembaga manusia yang jahat dan berdendam kesumat kepada Pas.
Lantaran itu media dan orang ramai janganlah pula mencari-cari mana-mana bekas pegawai tentera untuk dimasukkan ke dalam kemelut politik Pas yang berlaku kini. Sesungguhnya nama Kolonel Mat itu hanya simbolik saja dan bukan wujud hari ini.
Pun begitu saya yakin ada lembaga lain yang berselindung di sebalik belakang "Kolonel Mat" itu dan mungkin ianya sudah dikenal pasti oleh Nik Aziz. Kerana memahami simbol-simbol yang digunakan Nik Aziz itu, apabila beliau menyebut nama "Kolonel Mat" maka jelaslah bahawa memang ada individu yang berusaha untuk menjatuhkannya. Kalau tidak ada usaha itu mungkin kisah Kolonel Mat ini tidak disebut Nik Aziz sedemikian rupa.
Saya percaya Nik Aziz sudah pun dapat mengenal pasti siapakah gerangan konspirator itu? Usahlah sesiapa cuba hendak menafikan atau melindungi kerana apabila Tok Guru sudah menzahirkan dalam bentuk simbol maka hakikatnya memang ada. Ada nama maka adalah batang tubuhnya.
sumber - MSO

Leave a comment