Lupakan
cerita tentang kerajaan peraduan atau kerjasama UMNO - PAS kerana
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Sabtu mengulangi bahawa
parti itu menutup pintu rapat-rapat mengenai kerjasama itu.
Malah dalam Seminar Memperkasakan Parti bagi menggantikan cadangan Muktamar Agung Khas (EGM) di Markas PAS Pusat Taman Melewar Gombak, beliau menegaskan, PAS akan terus bersama-sama dalam pakatan DAP dan PKR dengan matlamat menang besar dalam pilihan raya umum ke 13.
Namun apa yang menarik dalam seminar julung kali itu, Prof Dr Abdul Aziz Bari serta
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikecam dan dikritik gara-gara isu mahu
menyingkirkan beberapa pemimpin kanan parti itu termasuk menggantikan
Abdul Hadi.
Abdul
Aziz, Pensyarah Kanan Undang-Undang UIAM melalui tulisannya di sebuah
akhbar harian dan interbiu dengan sebuah portal berita mengkritik
kepimpinan Abdul Hadi.
Beliau
turut mencadangan supaya Naib Presiden, Nasaruddin Mat Isa, Setiausaha
Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan
Mohi Ali dikenakan tindakan kerana tindak tanduk yang dilihat tidak
membantu mengukuhkan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Pandangannya
kemudian mengheret Mursyidul Am PAS itu yang menulis perkara sama di
blognya yang mahu 'dua tiga kerat' pemimpin tersebut dihukum hingga
tercetus desakan supaya EGM diadakan.
Sebahagian
besar perwakilan di seminar itu mengecam Dr Abdul Aziz yang dianggap
orang luar parti tetapi dianggap sengaja mencetuskan polimik dalaman
parti itu.
Ada antara mereka menganggap beliau mahu menjatuhkan presiden PAS dengan kritikan, tuduhan dan penghinaan.
Ramai
juga perwakilan melenting kerana dalam seminar itu Dr Abdul Aziz
membuat kenyataan tidak sama seperti dilaporkan akhbar dan portal
berita tersebut apatah lagi beliau turut menyalahkan media.
Tersepit
dengan asakan perwakilan, beliau cuba menarik simpati dengan menyatakan
kini dirinya sudah hilang kawan kerana orang UMNO sudah mula
menjauhinya dan sekarang ini, PAS pula menimbang untuk menerimanya
ataupun tidak.
Beliau
turut menafikan dakwaan kritikannya terhadap Abdul Hadi Awang sebagai
satu penghinaan kepada presiden parti itu yang disifatkan bertaraf
ulama.
"Saya
tidak menghina ulama ataupun presiden parti. Siapalah saya untuk
persoalkan perkara ini. Saya hanya sentuh kedudukannya sebagai kapten
yang mengemudi parti," katanya sambil menambah bahawa beliau hanya
melontar semula cakap-cakap dalam PAS mengenai Hadi, Nasaruddin dan Dr
Hasan.
Kejutan
lain apabila perwakilan negeri Johor, Suhaizan Kayat menegur Nik Aziz
kerana menunjukkan sikap kurang baik dalam struktur organisasi dengan
penulisan di blog peribadinya menghentam 'dua tiga kerat' tersebut
dengan menyiarkan nama mereka.
Bagaimanapun,
Menteri Besar Kelantan itu tiada ketika perbahasan dan hanya hadir
kira-kira sejam pada perasmian dan ucaptama presiden pada sebelah pagi .
Beliau
yang dijadualkan menutup seminar yang dijadiri kira-kira 1,000
perwakilan pada sebelah petang tidak hadir kerana uzur dan masih kurang
sihat selepas keluar Institut Jantung Negara, semalam.
Seminar
yang pada awal dijangka memberi tamparan hebat kepada Hadi, Nasaruddin
dan Dr Hasan itu juga sebaliknya menjadi gelanggang perwakilan
menyatakan rasa tidak puashati dengan parti sejak bersama pakatan
pembangkang.
Perwakilan
dari Negeri Sembilan, Khairul Anuar Wafa mahu PAS menentukan hala tuju
parti itu dalam pakatan rakyat kerana ketika ini PAS tanpa matlamat
berbanding parti mempertahankan Islam sebelum ini.
Lebih perit katanya, sejak PAS bersama PKR dan DAP, ruang parti itu bercakap hak Melayu Islam juga sudah terhalang.
Kesimpulan
seminar ini menjadi senjata yang makan tuan kepada Nik Aziz yang mahu
PAS memantapkan kerjasama dalam pakatan pembangkang begitu juga dengan
Abdul Aziz yang mahu Hadi dan beberapa pemimpin lain dihukum.
Sebaliknya,
hasil seminar itu memberi keuntungan kepada Hadi dan barisan kepimpinan
beliau yang di pilih pada Muktamar Agung PAS Jun lalu kerana kedudukan
mereka semakin mantap jika keputusan seminar tersebut diteliti.
Isu
Nasaruddin dan Mustafa langsung tidak berbangkit kecuali Dr Hasan
apabila dijadikan rujukan berkaitan hubungan tegang pakatan rakyat di
Selangor kerana kenyataan beliau mengenai isu penjualan arak dan Selcat.
Keyakinan
Hadi dengan barisan pimpinannya jelas diluahkan beliau dalam
penggulungan seminar itu apabila menegaskan, beliau tidak akan meletak
jawatan walaupun terdapat gesaan beberapa pihak agar berbuat demikian.
Katanya,
sebagai pemimpin yang dipilih secara sah, beliau tidak akan sekali-kali
meninggalkan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya untuk memimpin
PAS.
"Pemimpin dipilih melalui muktamar parti, pemimpin adalah amanah.
"Saya tidak akan membuang baju amanah ini... insyaAllah kita akan mengharungi gelombang perjuangan ini," katanya.
Menjawab
kritikan terhadap pimnpinannya, Abdul Hadi berkata, " "Kita ibarat
orang-orang yang ada di medan atau padang bola, yang lain daripada kita
adalah penonton dan pengulas.
"Walaupun ada teguran yang keras, suruh pecat kapten, buang pengurus, buang pemain, kita belum lagi habis separuh masa pertama.
"Kita adalah kalangan profesional dalam bidang ini, bukan pemain-pemain kampung," katanya.
Dalam
sidang media selepas seminar itu berakhir, Abdul Hadi sekali lagi
berkata sokongan yang diberikan oleh para perwakilan yang hadir dari
seluruh negara menambahkan lagi keyakinannya untuk berkhidmat kepada
parti.
"Kita
akan terus memikul tanggungjawab yang sepenuhnya, hari ini kita
mendapat kepercayaan daripada perwakilan yang datang dari seluruh
negara, ini menambahkan lagi keyakinan," katanya.
Apa
yang mahu dilihat selepas ini, apakah kumpulan yang mahu melihat Hadi,
Nasaruddin dan beberapa pemimpin lain tersingkir daripada saf
kepimpinan parti dapat menerima keputusan seminar tersebut.
Jika tidak, PAS pasti bergolak selagi kumpulan Erdogan yang pro Anwar Ibrahim belum dapat menguasai parti itu
sumber - agendadaily

Penampilan baru AIDC yang sangat bergaya...memang lama aku tertunggu2 penampilan yang seperti ini. BERJUANG TERUS BERJUANG.
INI CERITA BODOH DAN BINGAI. KALAU PARTAI GEROMOBOLAN MEREKA TU TAK BERANI BERSUARA. BOS KATA 1MALAYSIA-H DEPA MAIN IKUT DAN PUJI. SILAP2 ADA BEBERAPA KERAT PI BUAT GAMBAR BESAR. LANGSUNG TIADA SEBARANG PERBAHASAAN DAN MEREKA TAU HANYA UNTUK MENYUSUKAN KERA KERA SEPERTI PARPU DAN UNSPIN YANG SUKA BERGAYUT DI HUTAN.
BODOHNYA AMENO SEMUA KENA IKUT. MINTAK PENJELASAAN SAMA DENGAN MINTAK MEMBERONTAK.
Bro ni nak kongsi artikel.
1. dari The Malaysian Insider
http://themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/42646-who-holds-the-pas-strings
2. dari saya sendiri (rumusan artikel Kickdefella dan BigDog) serta seruan untuk Kelantan Bangkit.
http://manifestogwl.blogspot.com/2009/11/kelantan-oil-royalty-and-bn-kelantan.html
Saya sebenarnya berpendapat PAS terapung tanpa hala tuju. Sikap berkompromi PAS menyebabkan saya sukar untuk percaya kepada perjuangan PAS.
Dulu UMNO bersatu dengan komponen Parti lain, PAS kata tak betul. Tetapi PAS lupa, perjuangan UMNO berlandaskan kepada perjuangan mengurangkan jurang pendapatan antara kaum dan serba sedikit agama.
PAS lain. PAS berjuang atas nama agama. Apabila perjuangan berlandaskan agama dilaksanakan, tidak patutlah PAS berkompromi dengan PKR dan DAP. Ini kerana agama adalah sesuatu yang tidak disoal dan dipegang teguh oleh pengikut/penganut. Oleh itu, saya rasa PAS dah mula sesat.
Kalau dah mula sesat jalan, manalah mungkin ada orang berani mengundi PAS untuk memimpin Malaysia ?
Kelantan UMNO dan BN harus bangkit. Pernah sekali pada tahun 2004 PAS hanya memimpin Kelantan dengan majoriti 1 kerusi.
Oleh itu, kita semua harus percaya bukan semua orang Kelantan sokong PAS dan pengundi tidak takut untuk undi Barisan.
Sudah tiba masa BN ambil alih Kelantan memandangkan PAS sesat jalan dan semeja dengan Anwar Ibrahim.
orang kelantan ni tk nak rasa pembangunan ke ? cuba ubah selera dan pangkah umno - bagi depa perentah kelantan satu term. lepas itu lihat apa perubahan - kalau sama juga pru 14 tukar balik pada pas. dah buat bandingan baru betul.
ni tak taksub sangat dengan tok guru, dah berapa lama dia perintah. tun mahathir pun bersara bagi orang muda dan bertenaga perintah.
apala bagan sangat orang kelantan ni.