Nik Aziz akan bersara, Anwar ketawa gembira.

| 0 Comments | 0 TrackBacks
AnwarDubai

Khabar angin bertiup kencang di Kelantan mengatakan bahawa Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat bakal melepaskan jawatan dan tidak akan dicalonkan untuk pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.
Menurut sumber dalaman Pas Kelantan, Nik Aziz sendiri telah menyuarakan hasrat untuk menolak pencalonannya sebagai wakil rakyat di penggal akan datang. 

Antara alasan-alasan yang diberikan ialah masalah kesihatan dan juga demi untuk mengelakkan perpecahan parti Pas itu sendiri.

Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan dari Nik Abduh iaitu anak lelaki Nik Aziz dan juga ahli jawatankuasa Pemuda Pas Pusat, yang meminta supaya semua pihak tidak menghalang bapanya daripada meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan didalam blognya.

Nik Abduh juga dilihat semakin lantang menghentam Husam dan team Erdogan didalam Pas Kelantan bagi meneutralisasi pengaruh Anwar didalam parti itu. 

Disamping itu, ramai yang telah menyarankan Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato Ahmad Yaakub sebagai pengganti Nik Aziz termasuklah Nik Abduh dan juga team pro Hadi.

Desas desus pengumuman pengganti MB Kelantan itu sejak beberapa hari lepas mencerminkan pergolakan didalam Pas negeri tersebut. 

Disini, Husam dilihat berjaya memanipulasi keadaan dengan menonjolkan namanya sebagai orang yang "humble" didalam kenyataan akhbarnya menolak jawatan tersebut sedangkan tiada siapapun yang mencadangkan namanya.

Nik Aziz kini ibarat nakhoda kapal yang telah bersiap sedia untuk terjun dari kapal bocor dan bakal karam. Mungkin Nik Aziz tewas dengan tekanan yang diterima dari pelbagai pihak didalam Pas sendiri dan juga tekanan dari masalah yang sedang hebat melanda Pas sekarang. 

Jika dahulu Tun Mahathir meninggalkan legasinya kepada Tun Lah didalam keadaan parti Umno yang sangat baik dan stabil, Nik Aziz pula hanya mahu meninggalkan Pas disaat parti itu terumbang ambing dilanda tsunami politik di negeri Kelantan dan juga di arus poltik negara ini. 

Dengan perletakkan jawatan Nik Aziz nanti, Pas dilihat akan semakin berantakan akibat perebutan kuasa sesama mereka. 

Pertembungan diantara team Erdogan dan juga team pro Hadi dijangka semakin sengit. Ini kerana Husam dilihat semakin terdesak sekiranya tidak dapat menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan.

Jangan kita lupa apa yang berlaku kepada Pas setelah Husam kalah didalam perebutan kerusi Timbalan Presiden Pas dahulu. 

Siapakah yang menggerakkan agenda menyerang Nasharudin sehingga dihalau keluar dari Pas oleh Nik Aziz? Ini adalah diantara corak permainan Husam Musa dibawah bimbingan Anwar.

Nik Aziz mungkin boleh meletakkan jawatan dan berehat sambil bertaubat diatas segala "dosa" yang pernah dilakukannya. Namun Pas akan semakin mereput dan membarah dari dalam. 

Jika sebelum ini tiada pihak yang sanggup menentang Hadi kerana bimbang "melanggar" Nik Aziz, selepas ini Hadi dan Dewan Ulamak Pas akan diserang secara terbuka dan bertubi-tubi oleh team sekular Anwar didalam Pas.

Mampukah Hadi dan kepimpinan ulamak mengekalkan penguasaan mereka didalam Pas selepas ketiadaan Nik Aziz? 

Jawapannya terletak ditangan kelompok muda yang wala' kepada presiden dan juga berorientasikan perjuangan asal Pas seperti Nik Abduh dan juga Takiyyudin di Kelantan.

Mampukah pula Husam dan team sekular erdogannya menakluk Pas selepas ketiadaan Nik Aziz? 

Jawapan bagi soalan itu hanya ada pada Anwar Bin Ibrahim.

sumber - mykmu
Reblog this post [with Zemanta]

No TrackBacks

TrackBack URL: http://www.anwaraidc.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/243

Leave a comment

Recent Entries

Jesuits biaya Anwar bentuk Islam baru di Malaysia
Oleh AngelaAnwar dikenali sebagai chameleon atau sesumpah atau sumpah-sumpit. Atau dengan lain perkataan, Anwar seorang yang berpura-pura. Atau dengan…
Hati-hati Anwar rekrut semula kumpulan baru bertopeng Islam
Nik Nazmi, M.Chozin Amirullah dan Nurul Azizah diberi task force oleh Anwar untuk membangunkan kumpulan Islam baru oleh Anwar Ibrahim.…
Makna kemerdekaan buat Anwar...
Oleh gelagat anwarKepada Pak Sheikh Anwar, kemerdekaan mungkin perkara yang asas dan bersifat kemanusiaan - lagi sejagat. Agaknyalah. Atau…