Kenapa Kickdefella saran Husam Musa tinggalkan PAS ?

| 0 Comments | 0 TrackBacks
kickdefellaTokguru
Foto kenangan : Kickdefella bersama Nik Aziz

Oleh NTanwar, AIDCclub

Dalam artikel terbaru Kickdefella, bertajuk "After Kickdefella, they go for Husam", 21 November 09, penulis tajaan Husam itu menyeru bosnya agar meninggalkan kerajaan negeri Kelantan dan meninggalkan PAS kerana kerajaan negeri dan parti Islam itu tidak membela 'insan-insan kecil' seperti Husam Musa.
"Saya akan merasa amat gembira jika Dato' Husam tinggalkan Kerajaan Negeri Kelantan. Ini kerana semenjak 3 tahun saya mengenalinya saya dapat merasakan betapa penderitaan yang menimpanya dan keluarganya kerana sandiwara politik dalaman PAS Negeri Kelantan", tulis Kickdefella

"Tidak berada didalam Kerajaan dan tinggalkan PAS adalah yang terbaik buat Husam tetapi ia adalah malatpetaka buat PAS Kelantan dan rakyat yang memerlukan pembelaan", saran Kickdefella.

Kikdefella : "Saya berani berkata, Kerajaan Negeri Kelantan sudah tidak berminat membela insan-insan kecil. Yang masih mempertahankan insan-insan kecil hanya dua tiga orang sahaja lagi di dalam exco Kerajaan Negeri dan Husam adalah seorang darinya. Saya akan pertahankan Husam"

Ini satu polemik baru yang melanda kerajaan negeri Kelantan. Setelah Kickdefella atau Syed Azidi dipecat dengan notis 24 jam dari PMBK (Perbadanan Menteri Besar Besar Kelantan) oleh Ariffahmi Abdul Rahman, CEO PMBK, merangkap menantu Nik Aziz, polemik demi polemik berterusan sehingga menelanjangkan 'keburukan-keburukan' kerajaan Negeri yang sebelum ini tidak pernah terdedah.

Sebelum ini Nik Aziz boleh campur tangan dalam kepimpinan PAS Pusat, di atas kapasitinya Muryidul Am, termasuk mencadangkan EGM, sekarang Nik Aziz terpaksa berhempas pulas menyelamatkan kerajaan pimpinannya angkara perbalahan antara anak buah Husam, Kickdefella dengan menantunya, Arif Fahmi.

Nik Aziz akan berpihak kepada siapa ? Berpihak kepada exco kesayangannya, Husam Musa atau berpihak kepada menantunya Ariffahmi ?

Setakat hari ini, kecenderungan Nik Aziz adalah berpihak kepada menantunya. Kickdefella telah dipecat dari PMBK dan Husam juga mengaku dirinya telah dipersalahkan oleh exco-exco lain.

Walaupun pada 18 November lalu, Kickdefella menulis bahawa berdasarkan maklumat-maklumat yang telah diberikan kepadanya, Nik Aziz telah meminta Ariffahmi meletakkan jawatan sebagai CEO di PMBK dan pengumuman itu akan dibuat oleh Menteri Besar tidak lama lagi, namun sehingga ke hari ini maklumat dan ramalan Kickdefella itu tidak menjadi kenyataan. Klik di sini

Bahkan godfather Kickdefella, Husam Musa memberitahu Malaysian Insider, 20 November lalu, bahawa terdapat 'konspirasi untuk menjatuhkannya' dalam kerajaan Negeri Kelantan.Klik di sini

"Terdapat usaha untuk mencetuskan perbalahan antara saya dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan)," akui beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

"Saya sedar tentang kewujudan konspirasi (pihak tertentu) terhadap saya," kata beliau lagi.

Malaysian Insider melaporkan Nik Aziz disebut-sebut sedang mempertimbangkan untuk menggugurkan Husam daripada Kabinet pentadbiran negeri ekoran isu Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang dipecat sebagai Pengarah Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) minggu lalu.Syed Azidi atau blogger Kickdefella itu pula dilihat sebagai antara orang kanan Husam.

Kickdeffela yang menyedari penderitaan dan tekanan yang dihadapi oleh bosnya itu seterusnya membuat seruan drastik yang mengejutkan ramai ramai pihak;

Kickdefella : "Saya akan merasa amat gembira jika Datuk Husam tinggalkan kerajaan negeri Kelantan...Tidak berada di dalam kerajaan dan tinggalkan PAS adalah yang terbaik buat Husam.." Klik di sini

Konspirasi apa sebenarnya yang sedang dirancangkan oleh Husam, Kickdefella, Ariffahmi dan Nik Aziz ini ?

Kalau 'konspirasi tidak serius', kenapa orang kanan Husam, Kickdefella tergamak mencadangkan bosnya meletak jawatan dalam kerajaan negeri sekaligus keluar dari parti PAS ?

Biar betul, saranan orang kanan Husam ini ? Adakah cerita lain yang tersembunyi, yang belum didedahkan oleh kikdefella hingga dia tergamak menyeru bosnya keluar dari PAS ?

Hari ini, 21 November, Husam Musa berangkat ke Kuala Lumpur bertemu dengan 'bapa konspirasi', Anwar Ibrahim dalam program Simposium National 2009, di Pearl International Hotel Kuala Lumpur, anjuran badan pemikir Anwar, IKD.

IKD sememangnya memilih, 'tokoh-tokoh tertentu' hadir dalam programnya. IKD tidak berminat menjemput Hadi Awang (Presiden PAS) atau Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden) atau Naharuddin Tantawi (ketua Dewan Pemuda), kerana kesemuanya dari kem yang sama, pro-ulama.

Tetapi IKD sengaja memilih Husam Musa, tokoh dari PAS, walaupun tokoh itu telah tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS. Seperti biasa simposium itu meletakkan Anwar sebagai tokoh utama, manakala Husam Musa dan Dr Aziz Bari diberi penghormatan sebagai tetamu istimewa diatas peranan yang telah dimainkan sebelum ini.

Apabila Husam bersemuka semula dengan bapa konspirasi, Anwar Ibrahim, apa agaknya yang dilaporkan kepada ketua penasihat umum PKR itu ?

Jadi benarlah dakwaan sebelum ini, Husam Musa tidak wala kepada PAS dan pimpinan tertinggi PAS, bila ada masalah menimpanya, dia akan mencari alasan untuk berjumpa dengan godfathernya, Anwar Ibrahim.

sumber - NTanwar
Reblog this post [with Zemanta]

No TrackBacks

TrackBack URL: http://www.anwaraidc.com/cgi-bin/mt/mt-tb.cgi/201

Leave a comment

Recent Entries

Jesuits biaya Anwar bentuk Islam baru di Malaysia
Oleh AngelaAnwar dikenali sebagai chameleon atau sesumpah atau sumpah-sumpit. Atau dengan lain perkataan, Anwar seorang yang berpura-pura. Atau dengan…
Hati-hati Anwar rekrut semula kumpulan baru bertopeng Islam
Nik Nazmi, M.Chozin Amirullah dan Nurul Azizah diberi task force oleh Anwar untuk membangunkan kumpulan Islam baru oleh Anwar Ibrahim.…
Makna kemerdekaan buat Anwar...
Oleh gelagat anwarKepada Pak Sheikh Anwar, kemerdekaan mungkin perkara yang asas dan bersifat kemanusiaan - lagi sejagat. Agaknyalah. Atau…