Oleh Kumbang, AIDCclub
Pada 10 November lepas melalui kenyataan akhbar, Zulkifli Nordin ada menyatakan
bahawa Anwar dan pimpinan PKR telah membincangkan mengenai Strategi Baru untuk
melancarkan serangan terhadap Perdana Menteri dalam satu mesyuarat pada 9
November lalu. Ramai tertanya-tanya apakah strategi baru yang direncana Anwar
dan Kumbang sempat berbincang dengan rakan-rakan blogger berkenaan hal ini.
Rata-rata mereka semua turut bersependapat isu Altantuya sekali lagi akan
dimainkan untuk menjatuhkan imej Najib.
Ini dibuktikan dengan cadangan
Raja Petra untuk menggunakan Penyiasat Persendirian Balasubramaniam atau Bala
yang pernah menjadi saksi kes Altantuya untuk melancarkan serangan ke atas
Najib. Anda boleh baca di sini. Untuk rekod Bala telah membuat satu akuan
bersumpah mengenai penglibatan Najib dengan kes Altantuya pada julai tahun
lalu, tetapi beliau membuat akuan bersumpah lain menafikan perkara itu beberapa
hari kemudian. Selepas itu beliau menghilangkan diri.
Raja Petra yang seakan-akan mendapat kontrak baru jutaan ringgit ini pun mula
memainkan isu-isu melibatkan Bala di blog beliau iaitu satu temuramah
Balasubramaniam yang disiarkan video dan teksnya di seluruh internet.
Yang kelakarnya, peguam Bala segera menafikan penglibatan Anwar di dalam
temuramah yang cenderung menjatuhkan Najib itu. Sedangkan sudah jelas semua
usaha ini adalah atas cadangan Raja Petra yang menyahut seruan Anwar untuk
menyerang Najib.
Dalam pada itu satu perjumpaan Blogger dengan Anwar Ibrahim telah diadakan pada
18 November lalu. Kumbang mencari di internet berkenaan pertemuan ini dan
berjumpa sesuatu.Baca di sini. Walau apa pun yang cuba dikelirukan oleh
blogger Ummu Asiah ini. Kumbang yakin pertemuan blogger dan Anwar itu pasti
membincangkan mengenai strategi untuk menyerang Najib dan Anwar juga memberi
kata-kata semangat kepada blogger mereka yang kini sedang kalah dengan amukkan
blogger Anti Anwar.
Di saat Komplot Pembangkang yang kini sedang berpecah belah dan blogger-blogger
mereka tidak bersatu serta saling berperang di antara satu sama lain. Anwar
tahu hanya satu cara untuk menyatukan mereka adalah dengan menggesa untuk
konsisten menyerang UMNO dan Najib dengan satu isu universal iaitu isu
Altantuya dan menggunakan Bala.
Ini dibuktikan dengan sindiran sinis blogger Aduka Taruna yang menulis seperti
di bawah dalam blog beliau :
Kalau PAS takda blogger lulit, kol Anwar. Pinjam blogger diorang sat. PKR
bab2 strategi camni, memang bagus. Siap ada watak Bala lagi.. Nak harapkan Pak
Lebai Melayu, slow maa...
Pernyataan ini membuktikan blogger PAS Reform ini tahu Bala hanya sekadar
merupakan strategi menjatuhkan Najib tidak lebih daripada itu.
Berhubung dengan kaitan Najib dengan Altantuya, Kumbang seperti rakan blogger Faisal Tehrani enggan mengulas mengenai 'barang'
yang kami tidak tahu. Cuma Kumbang pernah mendengar pernyataan seorang rakan
Kumbang yang bertugas menguruskan keperluan orang kenamaan di Perancis selama 5
tahun. Beliau berkata beliau mengakui ada menerima dan menguruskan kehadiran
Najib dan Razak Baginda tetapi tidak pernah melihat kehadiran Altantuya bersama
mereka.
Mungkin sebab itu agaknya Najib berani dan yakin bersumpah menafikan beliau
pernah mengenali Altantuya kerana sememangnya beliau tidak langsung mengenali
Altantuya.
Sekurang-kurangnya Najib telah bersumpah dan Anwar masih takut untuk bersumpah.
Inilah satu-satu perbezaan ketara dua orang politikus ini.
Kumbang bukan pro Najib, tapi jika Anwar benar apa salahnya bersumpah.
Bukankah itu akan menambah keyakinan pengikut beliau ?
sumber - analisisringan

Leave a comment